Abdullah Bin Abbas r.a. berkata:" setelah Allah menciptakan Arasy lalu memerintahkan para malaikat untuk mendukongnya. oleh kerana dirasakan terlalu berat, mereka di perintahkan membaca "subhanallah". ternyata dengan membacanya itu, dirasa beban beratnya agak berkurang. maka bacaan itu terus menerus dibaca hingga sampai terciptanya Adam. ketika roh Adam masuk dan baginda membaca "alhamdulillah" lalu dijawab Allah s.w.t. dengan "Yarhamukallah" dan kerana itu Aku menciptakan engkau wahai adam."
mendengar itu, para malaikat pendukong Arasy berkata; "Kalimah itu mendengar kalimah mulia. oleh kerana tidak patut jika kami tinggalkan. maka sejak itu mereka mengucapkan "Subhanallah wal hamdulillah," ternyata sesudah itu bebannya semakin berkurang.
Ketika Allah s.w.t mengutuskan Nabi Nuh, beliau merupakan nabi pertama menyeru kaumnya membaca "Laaillaahaillallaah", berkata malaikat pendukong Arasy " inilah kalimah ketiga yang harus kita sambungkan dengan kalimah-kalimah itu." sejak itu mereka sentiasa mengucapkan "Subhanallahu Walhamdulillahi Walaa Ilaahaillallaah,: hingga sampai diutuskan Nabi Ibrahim untuk menyembelih korban puteranya.
waktu itu Nabi Ibrahim menyaksikan malaikat membawa seekor domba untuk disembelih sebagai penganti dari puteranya,dengan mengucapkan "Allahu Akbar". Mendengar ucapan itu para malaikat pendukong Arasy berkata "inilah kalimah keempat yang patut kami sambungkan dengan kalimah-kalimah yang kamiucapkan. lalu setelah para malaikat pendukong Arasy itu menyambungkannya menjadi " Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaaha illallaah wallaahu akbar".
sewaktu Jibril menceritakan hal itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebab takjub baginda s.a.w bersabda: "Laahaula Walaaquwwata Illabillaahil Aliyyil Azhiim".
setelah Jibril Mendengar ucapan Rasullullah itu, ia segera berkata: "Ucapan ini patut disambungkan dengan kalimah yang dibaca oleh malaikat-malaikat pendukong Arasy."
No comments:
Post a Comment