Thursday, October 17, 2013

IMAM HARAMAIN

ayah Imam Haramain benama Abu Muhammad Al Juwaini yang tergolong dalam golongan ulamak besar pada masa itu. kerjanya ialah menyalin dan menulis seMula kitab-kitab ilmu pengetahuan.

Setelah beberapa lama mendirikan rumah tangga, lalu ALLAH mengurniakan mereka dengan seorang anak lelaki. Abu Muhammad sangat berharap agar anaknya kelak menjadi seorang anak yang soleh serta taat pada ALLAH. anak itu diberi nama Abdul Malik.

Sejak kecil lagi Abu Muhammad telah menjaganya dari perkara-perkara yang subhah dan haram. dia juga tidak mengizinkan isterinya menyusukan anaknya selain dari diriya sendiri.
suatu masa, ALLAH hedak mengujinya. maka keringlah air susu isterinya itu kerana dia menghidap suatu penyakit. menangislah anak itu dahagakan susu.

isterinya lalu memberi anak itu menyusu dengan wanita jirannya dan terlupalah dia akan janjinya dengan suaminya dahulu.

apabila Abu Muhammad tahu hal ini, dia segera mendapatkan anaknya lalu menonggengkan kepala anaknya ke bawah dan mmasukkan jarinya  ke mulut anaknya itu supaya dia memuntahkan semula apa yang telah diminum.

berkata Abu Muhammad...

tidak menjadi hal bagiku sekiranya anak ini meninggal semasa kecil daripada rosak akhlaknya dengan sebab meminum susu wanita lain yang tidak aku kenal ketaatannya kepada ALLAH.
bila dewasa anak ini dikenali sebagai IMAM HARAMAIN.

No comments:

Post a Comment